Monday 1 October 2012

Mutasi Gajah Minyak


Ramalkan apakah jenis mutasi yang  menyebabkan gajah-gajah ini mati dan pupus?terangkan

gajah ini mati disebabkan oleh Mutasi memudaratkan ataupun disebut Detrimental Mutation.ia mengakibatkan kemusnahan yang teruk pada sesutu populasi haiwan yang kecil.

 Ramalkan bagaimana mutasi tersebut membunuh gajah-gajah itu?

Dipercayai, spesies gajah  ini telah mula berkembang jutaan tahun dahulu iaitu semenjak zaman Oligocene. gajah ini mengalami mutasi akibat daripada ketidakseimbangan cuaca dan letusan gunung berapi yang aktif pada masa dahulu.letusan gunung berapi ini menyebabkan kawasan kawanan gajah berkurang serta membunuh byk gajah yang lain.faktor ini mengehadkan populasi gajah dan seterusnya menyebabkan kesan "bottleneck"pada evolusi gajah.dengan bilangan populasi gajah semakin berkurangan, peratusan mutasi menjadi semakin tinggi pada setiap ahli populasi.keadaan ini mengwujudkan Mutasi Memudaratkan(detrimental mutation) dimana ia boleh mengakibatkan kemusnahan dan membawa kepada kepupusan secara langsung.

Mungkinkah ada faktor lain yang membunuh spesis gajah zaman purba ini?

saya merasakan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan gajah zaman purba ini pupus:


1)cuaca yang melampau.
menurut ahli saintis, cuaca pada zaman dahulu tidak stabil.suhunya terlalu sejuk dan terlalu panas.keadaan ini mungkin menyebabkan spesies gajah ini pupus kerana tidak tahan dengan perubahan cuaca yang melampau.

2) hentaman metoroid
saintis mengeluarkan kenyataan bahawa meteoroid dari angkasa kerap menghentam bumi dan keadaan inilah yang meyebabkan haiwan dibumu mati akibat daripada momentum hentaman tersebut.hentaman meteorid ini dikatakan menyebabkan perubahan cuaca.

3) pemburuan orang zaman purba
orang zaman purba dikatakan kerap memburu gajah sebagai sumber makanan utamanya.pemburuan ini dijalankan secara besar-besaran.