saya bersetuju dengan saintis tersebut untuk menggunakan kaedah pengklonan bagi mengatasi masalah kepupusan beruang matahari.disini saya akan mengulas beberapa sebab utama mengapa saya memilih teknik ini.
1) Hanya menggunakan sel haiwan sahaja, oleh itu pengklonan boleh dilakukan pada haiwan yang sudah mati.
teknik pengklonan hanya menggunakan sel haiwan sahaja.apa yang saya ingin jelaskan disini ialah kita masih boleh mengklon haiwan yang telah mati kerana hanya sel haiwan itu sahaja yang digunakan,bayangkan jika jumlah beruang matahari terus pupus akibat pemburuan berleluasa.maka bangkai haiwan yang baru mati itu boleh dibekukan dan seterusnya boleh diklonkan. maka kaedah pengklonan boleh dibuat denngan menggunakan sel haiwan yang telah mati untuk memperbanyakkannya.saya terserempak dengan satu artikel yang menyatakan bahawa zoo san diego telah membekukan genetik haiwan terancam sejak dari tahun 1997 dan kini menggunakannya untuk pengklonan haiwan tersebut.contohnya,'Banteng' iaitu sejenis haiwan dari pulau jawa telah berjaya diklonkan dengan cara ini. banteng di klon dengan mengunakan sel kulit beku di Advanced Cell Technology di Masschusects.
banteng
2) Menggunakan kaedah teknik pengklonan kacukan silang ( cross breading cloning)
kaedah pengklonan semakin maju dan peratus kejayaan juga semakin tinggi kini berbanding dulu.mmg dolly mempunyai masalah semasa diklonkan namun kita harus ingat dolly ini di klonkan pada tahun 1997.sudahpun 15 tahun berlalu dan teknologi pengklonan semakin hebat dan effektif jika dibandingkan dengan dulu.dijangkakan kaedah pengklonan kacuk silang ini lebih baik dan peratusan kejayaan lebih tinggi.di dalam satu artikel yang saya terbaca menyatakan kaedah klon kacuk silang ini mampu mengatasi kepupusan hampir 100 spesies haiwan.disebabkan itulah ramai negara cuba menyelamatkan haiwan unik negara mereka dengan cara ini.contohnya negara China yang akan mengklonkan panda dengan cara ini.Negara Malaysia juga menyatakan hasrat ingin mengklon penyu belimbing dengan cara ini.jika dilihat dari segi masalah beruang matahari pula sudah tentu cara pengklonan tetap menjadi pilihan untuk mengelakkan kepupusannya.oleh itu saya rasa kaedah pengklonan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah kepupusan beruang matahari.
sumber rujukan:
1) http://www.tutor.com.my/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=1029&pub=estidotmy&sec=Semasa&pg=se_02.htm
2) http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/7/25/TERKINI/Mutakhir/Kaji_semula_idea_klon_penyu_belimbing&sec=mstar_berita
3)http://www.scribd.com/doc/91622485/PENGKLONAN-HAIWAN
4)http://newenglander.smugmug.com/keyword/banteng/1/267077030_udwTZ#!i=267077030&k=udwTZ
5)http://cool-ron98.freeservers.com/SejarahPengklonan.htm
soalan 2
bagi saya saya hanya memilih kaedah pengklonan bagi menyelamatkan beruang matahari
Soalan 3
Cara saya untuk mengajak masyarakat menyedari kepentingan untuk memelihara dan memulihara beruang matahari ialah dengan membuat kempen-kempen untuk meminta sumbangan daripada orang ramai bagi membiayai proses pemuliharaan dan pemeliharaan beruang tersebut.setiap penyumbang akan diberikan beg bermotifkan beruang matahari untuk mencetuskan perasaan sayang dan cintakan haiwan tersebut dan mereka juga berasa gembira setelah menyumbang.