Diari Awal
1) Adakah anda pernah menggunakan blog sebelum ini.nyatakan.
Saya pernah menggunakan blog sebelum ini.saya menghasilkan blog kerana mengikut trend dengan kawan-kawan.namun blog tersebut jarang saya lawati.hanya sekali-sekala sahaja saya akan update maklumat dalam blog tu
.
2)Adakah anda pernah menggunakan blog untuk menjalankan sesi pembelajaran
Saya tidak pernah menggunakan blog dalam sesi pembelajaran kerana tidak pernah ada guru atau rakan yang mengajak saya menggunakan blog untuk belajar.
3)Apakah perasaan anda semasa berinteraksi dengan blog Biokelas pada kali pertama?
Kali pertama saya berinteraksi dengan blog bioclass, saya rasa teruja dan pada masa yang sama saya berasa agak kekok kerana ini kali pertama saya menggunakan blog untuk berbincang mengenai pembelajaran.lagipun saya tidak mengenali rakan-rakan yang lain.namun setelah memasuki blog bioclass saya dapati rakan-rakan mesra berbincang mengenai soalan yang diberi dengan saya.saya berasa gembira dan merasakan pendapat saya dihargai serta boleh dikongsi bersama.selain daripada itu hiasan blog yang berwarna-warni dan ceria membuatkan saya rasa bersemangat untuk belajar (sebab buku teks hitam - putih ja) lagipun tugasan yang diberikan menarik dan berdasarkan situasi sebenar.saya suka berfikir dan menyelesaikan masalah yang diberi sbb jarang saya berfikir macam ni dalam kelas.cikgu lebih menumpukan teknik menghafal daripada berfikir.so at least saya dapat menyuarakan pendapat saya dengan bebas
No comments:
Post a Comment