Diari Mingguan


Diari Murid ( Semasa Aktiviti)

Minggu Pertama 

1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
semasa menjawab soalan di blog bioclas saya perlu merujuk semula laman-laman web berkaitan kejuruteraan genetik untuk memahami cara penghasilan virus hingga saya terjumpa penghasilan virus buatan H5N1.bukan itu saja, saya juga mengingat kembali bab-bab lepas yang saya telah belajar contohnya: kenapa kucing liar banyak mati? sebab kekurangan makanan kerana rantai makannya terganggu, dan yang paling penting skali saya banyak berfikir masa jawab soalan ini.mungkin saya dapat belajar teknik berfikir kot.hehe

2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
saya tidak menghadapi sebarang masalah teknikal.internet pun ok je

3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?
-
4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
saya agak menghadapi masalah semasa nak memikirkan langkah sesuai bagi menyiapkan pelan menyelesaikan masalah virus X.

5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?
 saya perlu merujuk beberapa artikel mengenai cara pembasmian virus H1N1 dan memilih langkah sesuai untuk diaplikasikan kepada soalan virus x.saya juga menambah beberapa langkah yang saya rasa sesuai bagi situasi sosial negara malaysia.ini kerana saya cuba memberi langkah penyelesaian terbaik dan logik.

6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
bagi saya aktiviti minggu ini memang mencabar fikiran saya dari segi perancangan pelan yang sesuai.saya perlu memastikan step yang saya pilih sesuai serta dapat menyelesaikan masalah virus x tersebut.untuk mendapatkan 7 langkah tersebut, saya merujuk 5 buah artikel mengenai virus H1N1 dan saya juga merujuk 3 artikal lain mengenai kejuruteraan genetik.kemudian saya cuba tafsir dan bina pelan ikut cara saya sendiri tanpa meniru artikal yang saya baca
.
7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
saya berjaya menjawab tugasan dengan hasil kombinasi idea saya sendiri dan juga pembacaan saya, komen kawan-kawan juga turut membantu.saya menggunakan program photoscape untuk menghasilkan tugasan dan maklumat didalamnya adalah idea saya sendiri.

8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
aktiviti minggu ini membeuatkan saya terfikir yang virus sgt berbahaya,saya rasa berminat mempelajari mengenai virus.bila saya rasa boring saya akan google tgk gambar berbagai jenis virus.kesimpulannya saya rasa berminat dan bermotivasi belajar sains or biologi lebih tepat lagi.

Minggu kedua


1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
saya dapat mempelajari mengenai faktor kepupusan haiwan terancam iaitu beruang matahari.

2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
saya tidak mengalami sebarang masalah teknikal.



3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?

-

4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
saya tidak mengalami masalah namun saya perlu banyak membaca dan mencari maklumat untuk menjawab soalan ini.

5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?
luangkan masa yang banyak untuk menjawab soalan dan gunakan google sepenuhnya.

6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
aktiviti pada minggu ini lebih susah daripada aktiviti sebelumnya.kerana saya perlu banyak berfikir mencari maklumat penting dan analisis semua maklumat di google.namun saya rasa bertuah sebab dapat mengenali beruang matahari dengan lebih mendalam.

7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
saya telah berjaya menghasilkan artikel dan beg khas untuk beruang matahari.

8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
saya sangat suka menjawab aktiviti ini kerana inilah pertama kali saya tahu bahawa malaysia mempunyai beruang.selama ini saya ingatkan beruang hanya wujud di luar negara sahaja.

Minggu Ketiga

1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
aktiviti kali ini saya dapat mempelajari mengenai kesan klorin keatas manusia. saya sebenarnya tidak menyangka bahawa klorin boleh menyebabkan kanser apabila berlebihan.

2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
saya tidak menghadapi masalah teknikal.cuma internet connection agak slow dan kadang-kadang tidak boleh connct pada internet.



3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?
saya pergi ke rumah makcik saya dan menggunakan streamyxnya.

4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
saya perlu mencari banyak artikel mengenai aktiviti pada kali ini.saya juga merujuk jurnal. masalahnya kebanyakkanya adalah dalam bahasa inggeris, oleh itu saya rasa kemahiran berbahasa inggeris saya juga semakin baik.

5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?
saya mencari banyak jurnal dan artikel melalui google scholar.saya mengetahui hal ini dari daripada abang saya yang sedang belajar di IPT.

6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
aktiviti kali ini memerlukan banyak saya berfikir dan membaca.saya juga perlu banyak mencari maklumat untuk membuat entri dan komen bersama rakan.

7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
saya berjaya menghasilkan tugasan ini.saya menghasilkannya dengan dengan menggunakan artikel,jurnal dan laman blog yang berkaitan.

8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
aktiviti minggu ini agak susah dan topik pada kali ini agak tidak menarik minat saya.saya rasa kerana minat saya kerana hanya berkisar dengan topik klorin dalam air paip sahaja.

Minggu Keempat

1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
pada sesi pembelajaran kali ini saya dapat mempelajari tentang penyakit pada pokok dan kultur tisu tanaman.

2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
tiada masalah



3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?
-

4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
soalan pada kali ini agak sukar bagi saya kerana saya tidak berapa faham mengenai kaedah kultur tisu tersebut.
5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?

saya terpaksa merujuk buku dan artikel dalam internet serta bertanya kepada guru saya.

6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
aktiviti minggu ini mencabar fikiran saya kerana saya tidak didedahkan dengan kaedah kultur tisu    dengan sepatutnya dalam kelas dulu.dan saya juga mendengar penerangan guru secara sambil lewa sahaja di dalam kelas.

7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
saya berjaya menghasilkan tugasan saya namun saya terlalu bergantung kepada artikel-artikel pertanian yang diperolehi dari internet.

8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
sebenarnya aktiviti minggu ini menyedarkan saya bahawa pentingnya mempelajari hal ehwal berkaitan tumbuhan ni.saya hanya suka belajar pasal manusia ja kalau dalam kelas biologi.

Minggu kelima

1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
saya dapat mempelajari banyak maklumat mengenai klorin dan kanser.saya tidak menyangka klorin boleh meyebabkan kanser sebelum ini.klirin merupakan salah satu faktor penyebab kanser.

2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
lap top saya tiba-tiba sahaja terpadam kerana terlalu panas dan saya dapati bahawa kipasnya rosak.

3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?
-saya membawa laptop saya ke kedai untuk dibaiki.

4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
internat agak perlahan namun masa loading blog bioclass sekejab saja.sebab blog bioclass tu ringan .so senang kerja

5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?
-tunggu sehingga internet laju semula.

6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
ye.aktiviti minggu ni mencabar.saya perlu baca banyak maklumat pasal klorin, analisis dan tulis entri.saya kena berfikir banyak

7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
saya berjaya menyelesaikan aktiviti minggu ini dengan baik.saya menggunakan photoscape untuk ubahsuai beberapa gambar rajah.

8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
aktiviti minggu ini sangat menyeronokkan sebab saya dapat mempelajari mengenai air minuman saya.saya kena berfikir dan beri langkah yang sesuai dan saya rasa aktiviti ni banyak beri manfaat kepada saya.

Minggu Keenam


1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
saya mempelajari banyak mengenai mutasi dan pasal haiwan zaman purba.banyak maklumat yang saya dapat melalui aktiviti ini.

2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
saya tidak menghadapi sebarang masalah

3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?
-

4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
komen dari kawan-kawan agak lambat bila berkomunikasi dalam blog biokelas.mereka agak lambat membalas komen.mungkin banyak berfikir kot..

5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?
saya meminta mereka cepat menjawab solan melalui chit-chat box

6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
ye aktiviti pada kali ini paling sikar keranan saya kena membayangkan keadaan gajah pada zaman dulu-dulu.saya kena berfikir bagaimana gajah ini bermutasi dan mati pada zaman dahulu sedangkan saya tidak tahu keadaan pada zaman dahulu.so saya kena download banyak artikel.

7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
ye.saya berjaya menghasilkan aktiviti pada kali ini dengan baik.saya merujuk jurnal dan laman blog orang lain.saya juga mencari banyak blog pasal gajah mammot sebgai rujukan.

8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
aktiviti kali ini sangat memotivasikan saya.saya bertambah bersemangat belajar menggunakan blog ini.


No comments:

Post a Comment