Monday, 1 October 2012

Mutasi Gajah Minyak


Ramalkan apakah jenis mutasi yang  menyebabkan gajah-gajah ini mati dan pupus?terangkan

gajah ini mati disebabkan oleh Mutasi memudaratkan ataupun disebut Detrimental Mutation.ia mengakibatkan kemusnahan yang teruk pada sesutu populasi haiwan yang kecil.

 Ramalkan bagaimana mutasi tersebut membunuh gajah-gajah itu?

Dipercayai, spesies gajah  ini telah mula berkembang jutaan tahun dahulu iaitu semenjak zaman Oligocene. gajah ini mengalami mutasi akibat daripada ketidakseimbangan cuaca dan letusan gunung berapi yang aktif pada masa dahulu.letusan gunung berapi ini menyebabkan kawasan kawanan gajah berkurang serta membunuh byk gajah yang lain.faktor ini mengehadkan populasi gajah dan seterusnya menyebabkan kesan "bottleneck"pada evolusi gajah.dengan bilangan populasi gajah semakin berkurangan, peratusan mutasi menjadi semakin tinggi pada setiap ahli populasi.keadaan ini mengwujudkan Mutasi Memudaratkan(detrimental mutation) dimana ia boleh mengakibatkan kemusnahan dan membawa kepada kepupusan secara langsung.

Mungkinkah ada faktor lain yang membunuh spesis gajah zaman purba ini?

saya merasakan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan gajah zaman purba ini pupus:


1)cuaca yang melampau.
menurut ahli saintis, cuaca pada zaman dahulu tidak stabil.suhunya terlalu sejuk dan terlalu panas.keadaan ini mungkin menyebabkan spesies gajah ini pupus kerana tidak tahan dengan perubahan cuaca yang melampau.

2) hentaman metoroid
saintis mengeluarkan kenyataan bahawa meteoroid dari angkasa kerap menghentam bumi dan keadaan inilah yang meyebabkan haiwan dibumu mati akibat daripada momentum hentaman tersebut.hentaman meteorid ini dikatakan menyebabkan perubahan cuaca.

3) pemburuan orang zaman purba
orang zaman purba dikatakan kerap memburu gajah sebagai sumber makanan utamanya.pemburuan ini dijalankan secara besar-besaran.




Thursday, 13 September 2012

Serangan Virus H1N80 di pantai timur

Saya memilih langkah mengawal penyebaran virus tersebut.

sebab memilih langkah yang baru:

1)virus merupakan benda bukan hidup oleh itu virus sangat susah untuk dihapuskan.

2) virus sangat mudah untuk bermutasi menjadi virus berbahaya yang baru, keadaan  ini menyebabkan banyak jenis ubat antivirus baru perlu dihasilkan dalam masa yang singkat.jika kita hanya menumpukan untuk mencari ubat virus ini sahaja dan tiba-tiba ianya bermutasi menjadi virus baru,bukankah ini merugikan masa dan tenaga?

Langkah yang perlu diambil untuk mengawal penyebaran virus H1N80

Pertama: Satu jawatankuasa khas dibentuk untuk menangani wabak ini.Jawatan kuasa ini terbahagi dua iaitu jawatan kuasa pengawalan virus dan jawatankuasa menghasilkan antivirus H1N80.Ubat Antivirus ini perlu dihasilkan secepat mungkin dan kemudiannya ke langkah yang kedua

Kedua:  Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Antara Kementerian Mengenai Pandemik virus(H1N80) untuk membincangkan aspek pemantauan, pelan pencegahan dan penyebaran maklumat bagi menangani penularan Virus H1N80.

Ketiga: Tiga langkah utama bagi tujuan pemantauan dan pencegahan penularan serta merta yang diambil adalah,
1) pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat;
2)mewajibkan pelancong dan rakyat Malaysia yang telah mengadakan lawatan ke luar negara mengisytihar status kesihatan mereka; 
3)pembekalan topeng muka dan pelalian (H1N80) bermusim. Dengan langkah ini,  kes-kes  Virus H1N80 , jika ada, dapat dikawal dari peringkat awal lagi.

Keempat: Pemantauan dan pencegahan yang dibuat setiap kawasan kediaman di pantai timur dan kawalan penularan wabak di negeri-negeri jirannya dibuat. Bagi kes-kes wabak yang dikesan dalam negeri tersebut, langkah seterusnya yang diambil ialah dengan mengadakan penjarakkan sosial dalam komuniti masyarakat seperti menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam atau perhimpunan. Langkah-langkah mengehad pelawat di hospital-hospital juga dilaksanakan bagi membendung wabak ini daripada menular.

Kelima: peningkatan kebersihan tandas awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Keenam: Kerajaan perlu memberikan mandat kepada Majlis Keselamatan Negara untuk mengambil tindakan wajar dalam menangani pandemik H1N80. 

Ketujuh: perkongsian maklumat mengenai virus H1N80 dengan pejabat-pejabat kedutaan Malaysia di seluruh dunia. Dengan cara ini, Kerajaan akan dapat terus memantau perkembangan penularan wabak virus ini dan dapat berkongsi pengetahuan mengenai cara pengawalan yang terbaik.

Kelapan: industri-industri yang beroperasi di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, juga boleh membantu usaha-usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kebersihan dan kesihatan awam. ‘Corporate Social Responsibility’ perlulah dimiliki oleh mereka untuk membantu Kerajaan melahirkan masyarakat yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap kebersihan.

Kesembilan:Badan Bukan Kerajaan(NGO) seperti Persatuan Bilik Air Berkualiti (QRAM), Persatuan Restoran Malaysia, Persatuan Stesen Minyak, Persatuan Pusat Membeli Belah dan Persatuan Hotel  menerap dan mewujudkan budaya amalan kebersihan dan kesihatan yang baik dikalangan masyarakat

Kesepuluh: Jawatankuasa Penduduk di kawasan perumahan mempergiatkan program kebersihan dan kesihatan awam kepada masyarakat setempat untuk memastikan pemantauan dan pencegahan virus ini dikawasan perumahan tersebut.


Friday, 7 September 2012

Buah Mangga Di Dusun Pak Ismail Yang Dijangkiti Penyakit

Kenalpasti masalah: pokok mangga pak ismail tidak mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit dan serangga.penyakit yang sering di hadapi oleh pokok mangga di kawasan tropika adalah  anthracnose dan penyakit bintik merah.

Penyakit Antranos Buah

anthracnose adalah penyakit yang disebabkan oleh fungi Colletotrichum gloeosporioides
di bawah adalah gambar Colletotrichum gloeosporioides:


contoh kesan penyakit ini:


Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot)
Disebabkan oleh kulat yang bernama Zimmermaniella trispora P. Henn.

kesan pada buah
kesan pada daun

serangga yang sering menyerang pokok mangga

PEROSAK TANAMAN MANGGA DAN CARA MENGAWALNYA

Kumbang belangkas (Hypormeces squamosus)
Memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang. Buah akan luruh awal dan tidak akan masak walaupun diperam. Balut buah di peringkat kecil. Sembur dengan dizinon atau cypermethrin.


Kumbang pengerat pucuk (Deporaus marginatus)
Menyerang tanaman pada peringkat berpucuk. Sebur dengan carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau dichlorvos.


Kumbang curculion (Alcidodes spp.)
Menyerang pucuk muda. Terdapat tanda hitam memanjang di bahagian tangkai pucuk. Pucuk akan bantut dan mati.


Kumbang pengorek buah (Cryptorrjynchus mangiferae)
Mengorek lubang di peringkat putik lagi. Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar.


Ulat pengorek pucuk (Chlumetia transversa)
Larva mengorek bahagian pucuk dan terus memakan bahagian tengah tangkai pucuk. Pucuk menjadi kecut dan mati.


Ulat pengorek batang (Rhytidodera simulans)
Menyerang pokok matang. Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang. Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati. Cantas dan musnah ranting yang diserang. Kawalan dengan racun serangga seperti malathion atau carbaryl. Masukkan paradichlorobenzene (ubat gegat) yang hancur ke dalam lubang, ditutup dengan tanah liat.


Lelompat daun (Idioscopus nitidulus)
Dewasa dan nimfa menghisap sap dari daun muda, menjadikan daun kecil. Kawalan dengan imidachloprid, carbaryl atau cypermethrin.


Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair. Bungkus buah di peringkat sebesar telur ayam. Guna umpan protein dicampur dengan racun serangga. Sembur dengan acephate, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau fenthion.


Langkah membantu pak ismail

langkah 1
beberapa sampel buah, daun dan batang pokok mangga diambil dan pemerhatian dibuat di kawasan ladang tersebut

langkah 2
masalah dikenalpasti, bagi masalah penyakit:
Penyakit Antranos Buah dan daun

Kawalan:

Sembur dengan racun kulat seperti maneb, mancozeb, propineb, chlorothalonil, captafol, benomyl, thiolpanatemethyl dan racun kulat jenis kupram. Ini boleh diguna secara berasingan, campuran atau berselang seli.

Sembur dengan tiga campuran racun iaitu racun kulat, baja daun dan racun serangga contoh: mancozeb, baja daun dan deltamethrin.

Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot)
Kawalan:

Sembur racun kulat untuk mengawal penyakit lain adalah mencukupi bagi menjauhkan penyakit ini. Lakukan pembajaan yang betul dri semasa ke semasa

(jika tidak berkesan terus ke langkah 3)

langkah 3

pilih baka pokok terbaik dan sihat di ladang pak ismail dan menjalankan kultur tisu.proses kultur tisu adalah proses     pengklonan bagi tumbuhan.oleh itu pak ali boleh memperbanyakkan dan membiakkan pokok mangga yang terbaik di ladangnya

(jika pak ismail ingin menambahkan lagi pendapatannya sila rujuk langkah 4)

langkah 4

pak ismail boleh meningkatkan lagi kualiti mangganya dengan mengjalankan pembiakbakaan silang dimana dua jenis pokok mannga yang terbaik dibiakbaka silangkan.

langkah-langkah kultur tisu

1- penyediaan bahan kultur – bahagian pokok mangga
2-Inisiasi kultur-Pertumbuhan awal kultur
3-Penggandaan
4-Pemanjangan
5-Pembentukan akar
6.
Penyediaan media kultur
Secara amnya perkara-perkara yang perlu dalam proses  kultur tisu adalah :
1- Ruang pemindahan atau pengkulturan yng bersih bebas kuman atau steril
Perkara penting dalam ruang pengkulturan adalah bersih (steril) dengan menyapu ruang dalam kotak dengan larutan 70% alkohol atau 10% klorox atau larutan peluntur. Semua bahan yang tersedia dalam kotak kultur adalah betul-betul steril. Tangan juga perlu bebas kuman. Peralatan kultur juga boleh direndam dalam larutan 70% alkohol
a-Kebuk wasap udara (laminar air flow)
b-i-menggunakan bekas akuarium ikan
b-ii-kotak plastik
b-iii-kotak kertas yang dibalut plastik
Jar  bekas media yang boleh diautoklaf tahan pada tekanan dan suhu tinggi
Gambar 2 jenis bekas media yang sedia steril

2-Bekas kultur
Gambar dua jenis forsep yang boleh digunakan
3-Forsep
4-Periuk tekanan tinggi
5-alat penimbang elektronik
pH meter
6- pH meter/ kertas pH
7-Larutan peluntur (clorox)
8- Isopropil alkohol (70%)
9- Air suling steril
Jenis-jenis skapel yang biasa digunakan dalam makmal
10- skapel atau pisau cukur
11-media kultur







Saturday, 11 August 2012

Klorin dalam air paip kotor penyebab kanser

1) langkah seterusnya yang saya akan ambil ialah

langkah pertama:
mengenalpasti aras klorin
menggunakan indikator DPD(diethyl paraphenylene diamine) untuk menguji tahap sisa klorin dalam air


contoh lain penggunaan dpd indicater ( jenis serbuk)
langkah kedua:
mengesahkan  aras klorin
1)sekiranya aras klorin rendah-----> kembali ke makmal dan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia   2) sekiranya aras klorin tinggi------>menggunakan amfoterik titrator untuk mengukuhkan dan mengesahkan hasil dapatan
langkah 3
membawa balik sampel air tersebut ke makmal
sampel air tersebut dianalisis dan di uji keatas tikus untuk mengenalpasti wujud atau tidak tanda-tanda kanser
langkah 4 menghebahkan hasil keputusan
hasil keputisan saintifik yang tepat dan disahkan akan dihebahkan kepada orang ramai
bagaimana caranya anda menentukan dakwaan ini adalah benar-benar tepat?
saya akan menggunakan kaedah saintifik kerana cara ini terbukti tepat dan benar 
ujian air di kawasan terbabit ( dbp indikator)
mengesahkan ujian di makmal dengan menggunakan amfoterik titrator
membawa balik sampel ke makmal untuk analisis kanser
dapatan kajian (ARAS KLORIN DI MALAYSIA ADALAH PADA TAHAP SELAMAT IAITU 0.2 mg/l YANG TIDAK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN PENGGUNA)
bagaimanakah anda dapat mententeramkan keadaan dan menyampaikan pekara sebenar kepada penduduk dan masyarakat secara damai? 
1)saya akan mengadakan seminar dan sidang media.pada persidangan ini saya akan bentangkan hasil dapatan kajian yang sebenar.
2)menghebahkan hasil keputusan di semua surat khabar utama Malaysia
3) menghasilkan kertas hebahan yang akan di beri kepada orang awam dan disekolah-sekolah.

    Friday, 27 July 2012

    Menggunakan kaedah klon untuk beruang matahari

    Soalan 1.
    saya bersetuju dengan saintis tersebut untuk menggunakan kaedah pengklonan bagi mengatasi masalah kepupusan beruang matahari.disini saya akan mengulas beberapa sebab utama mengapa saya memilih teknik ini.

    1) Hanya menggunakan sel haiwan sahaja, oleh itu pengklonan boleh dilakukan pada haiwan yang sudah mati.

    teknik pengklonan hanya menggunakan sel haiwan sahaja.apa yang saya ingin jelaskan disini ialah kita masih boleh mengklon haiwan yang telah mati kerana hanya sel haiwan itu sahaja yang digunakan,bayangkan jika jumlah beruang matahari terus pupus akibat pemburuan berleluasa.maka bangkai haiwan yang baru mati itu boleh dibekukan dan seterusnya boleh diklonkan. maka kaedah pengklonan boleh dibuat denngan menggunakan sel haiwan yang telah mati untuk memperbanyakkannya.saya terserempak dengan satu artikel yang menyatakan bahawa zoo san diego telah membekukan genetik haiwan terancam sejak dari tahun 1997 dan kini menggunakannya untuk pengklonan haiwan tersebut.contohnya,'Banteng' iaitu sejenis haiwan dari pulau jawa telah berjaya diklonkan dengan cara ini. banteng di klon dengan mengunakan sel kulit beku di Advanced Cell Technology di Masschusects.




    banteng

    2) Menggunakan kaedah teknik pengklonan kacukan silang ( cross breading cloning)


    kaedah pengklonan semakin maju dan peratus kejayaan juga semakin tinggi kini berbanding dulu.mmg dolly mempunyai masalah semasa diklonkan namun kita harus ingat dolly ini di klonkan pada tahun 1997.sudahpun 15 tahun berlalu dan teknologi pengklonan semakin hebat dan effektif jika dibandingkan dengan dulu.dijangkakan kaedah pengklonan kacuk silang ini lebih baik dan peratusan kejayaan lebih tinggi.di dalam satu artikel yang saya terbaca menyatakan kaedah klon kacuk silang ini mampu mengatasi kepupusan hampir 100 spesies haiwan.disebabkan itulah ramai negara cuba menyelamatkan haiwan unik negara mereka dengan cara ini.contohnya negara China yang akan mengklonkan panda dengan cara ini.Negara Malaysia juga menyatakan hasrat ingin mengklon penyu belimbing dengan cara ini.jika dilihat dari segi masalah beruang matahari pula sudah tentu cara pengklonan tetap menjadi pilihan untuk mengelakkan kepupusannya.oleh itu saya rasa kaedah pengklonan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah kepupusan beruang matahari.




    Panda


    penyu belimbing

    beruang matahari
    sumber rujukan:


     1) http://www.tutor.com.my/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=1029&pub=estidotmy&sec=Semasa&pg=se_02.htm

    2) http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/7/25/TERKINI/Mutakhir/Kaji_semula_idea_klon_penyu_belimbing&sec=mstar_berita

    3)http://www.scribd.com/doc/91622485/PENGKLONAN-HAIWAN

    4)http://newenglander.smugmug.com/keyword/banteng/1/267077030_udwTZ#!i=267077030&k=udwTZ

    5)http://cool-ron98.freeservers.com/SejarahPengklonan.htm

    soalan 2

    bagi saya saya hanya memilih kaedah pengklonan bagi menyelamatkan beruang matahari

    Soalan 3

    Cara saya untuk mengajak masyarakat menyedari kepentingan untuk memelihara dan memulihara beruang matahari ialah dengan membuat kempen-kempen untuk meminta sumbangan daripada orang ramai bagi membiayai proses pemuliharaan dan pemeliharaan beruang tersebut.setiap penyumbang akan diberikan beg bermotifkan beruang matahari untuk mencetuskan perasaan sayang dan cintakan haiwan tersebut dan mereka juga berasa gembira setelah menyumbang.



    Tuesday, 17 July 2012

    Masalah Virus Mandul Di Taman Medan

    Mengenalpasti Masalah
    dalam mengenalpasti masalah utama saya membuat pemerhatian kepada keempat-empat masalah utama tu.kemudian saya simpulkan sebab utama kenapa pekara tu jadi.


    masalah 1:

    Banyak kucing liar tempatan yang mati dan jumlahnya semakin berkurangan

    -saya merasakan byk kucing liar yang mati sebab bila bilangan populasi tikus berkurangan , rantai makanan kucing tu cam terganggu so kucing takde makanan dan mati


    masalah 2: 

    Jumlah beberapa spesis rumput liar didapati meningkat .

    -ada beberapa spesis rumput liar ada yang membiak guna biji benih.bila bilangan tikus kurang.dah takde sape nak mkn biji benih rumput tu.sebab tu bilangan rumput tu bertambah


    masalah 3:

    Virus tersebut tidak lagi berkesan kerana bilangan tikus semakin bertambah di kawasan Taman Medan.

    -keadaan ni jadi sebab tikus tu dah imun dengan virus tu.sbb tu virus tu tak berkesan.sepatutnya syarikat x tu patut modified virus tu untuk jadikan dia lebih bekesan . cuba ambik feedback dari pengguna dan buat penambahbaikkan.


    Masalah 4: 

    Haiwan peliharaan penduduk di Taman Medan iaitu kucing didapati mandul.

    -ye la.bila kucing peliharaan tu makan tikus mandul mungkin virus tu pun jangkit kat kucing.tgk kucing pun jadi mandul.saya rasa mungkin sesetengah virus tersebut telah termutasi jadi virus yang lebih kuat sehingga boleh menyerang haiwan lain.

    kesimpulannya: dari pemerhatian saya, masalah ni bermula sebab syarikat x tu cuai sangat, nak keuntungan saja. tak kaji betul-betul dan terus nak pasarkan.tapi kebaikkannya, elok juga cipta virus macam ni sbb tak kejam sgt,klu racun tikus kesian lak kat tikus tu.so ada kebaikan dan keburukan.
                                                                    Pelan Menyelesaikan masalah