sebab memilih langkah yang baru:
1)virus merupakan benda bukan hidup oleh itu virus sangat susah untuk dihapuskan.
2) virus sangat mudah untuk bermutasi menjadi virus berbahaya yang baru, keadaan ini menyebabkan banyak jenis ubat antivirus baru perlu dihasilkan dalam masa yang singkat.jika kita hanya menumpukan untuk mencari ubat virus ini sahaja dan tiba-tiba ianya bermutasi menjadi virus baru,bukankah ini merugikan masa dan tenaga?
Langkah yang perlu diambil untuk mengawal penyebaran virus H1N80
Kedua: Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Antara Kementerian Mengenai Pandemik virus(H1N80) untuk membincangkan aspek pemantauan, pelan pencegahan dan penyebaran maklumat bagi menangani penularan Virus H1N80.
Ketiga: Tiga langkah utama bagi tujuan pemantauan dan pencegahan penularan serta merta yang diambil adalah,
1) pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat;
2)mewajibkan pelancong dan rakyat Malaysia yang telah mengadakan lawatan ke luar negara mengisytihar status kesihatan mereka;
3)pembekalan topeng muka dan pelalian (H1N80) bermusim. Dengan langkah ini, kes-kes Virus H1N80 , jika ada, dapat dikawal dari peringkat awal lagi.
Keempat: Pemantauan dan pencegahan yang dibuat setiap kawasan kediaman di pantai timur dan kawalan penularan wabak di negeri-negeri jirannya dibuat. Bagi kes-kes wabak yang dikesan dalam negeri tersebut, langkah seterusnya yang diambil ialah dengan mengadakan penjarakkan sosial dalam komuniti masyarakat seperti menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam atau perhimpunan. Langkah-langkah mengehad pelawat di hospital-hospital juga dilaksanakan bagi membendung wabak ini daripada menular.
Kelima: peningkatan kebersihan tandas awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Keenam: Kerajaan perlu memberikan mandat kepada Majlis Keselamatan Negara untuk mengambil tindakan wajar dalam menangani pandemik H1N80.
Ketujuh: perkongsian maklumat mengenai virus H1N80 dengan pejabat-pejabat kedutaan Malaysia di seluruh dunia. Dengan cara ini, Kerajaan akan dapat terus memantau perkembangan penularan wabak virus ini dan dapat berkongsi pengetahuan mengenai cara pengawalan yang terbaik.
Kelapan: industri-industri yang beroperasi di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, juga boleh membantu usaha-usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kebersihan dan kesihatan awam. ‘Corporate Social Responsibility’ perlulah dimiliki oleh mereka untuk membantu Kerajaan melahirkan masyarakat yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap kebersihan.
Kesembilan:Badan Bukan Kerajaan(NGO) seperti Persatuan Bilik Air Berkualiti (QRAM), Persatuan Restoran Malaysia, Persatuan Stesen Minyak, Persatuan Pusat Membeli Belah dan Persatuan Hotel menerap dan mewujudkan budaya amalan kebersihan dan kesihatan yang baik dikalangan masyarakat
Kesepuluh: Jawatankuasa Penduduk di kawasan perumahan mempergiatkan program kebersihan dan kesihatan awam kepada masyarakat setempat untuk memastikan pemantauan dan pencegahan virus ini dikawasan perumahan tersebut.
No comments:
Post a Comment