Friday, 7 September 2012

Buah Mangga Di Dusun Pak Ismail Yang Dijangkiti Penyakit

Kenalpasti masalah: pokok mangga pak ismail tidak mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit dan serangga.penyakit yang sering di hadapi oleh pokok mangga di kawasan tropika adalah  anthracnose dan penyakit bintik merah.

Penyakit Antranos Buah

anthracnose adalah penyakit yang disebabkan oleh fungi Colletotrichum gloeosporioides
di bawah adalah gambar Colletotrichum gloeosporioides:


contoh kesan penyakit ini:


Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot)
Disebabkan oleh kulat yang bernama Zimmermaniella trispora P. Henn.

kesan pada buah
kesan pada daun

serangga yang sering menyerang pokok mangga

PEROSAK TANAMAN MANGGA DAN CARA MENGAWALNYA

Kumbang belangkas (Hypormeces squamosus)
Memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang. Buah akan luruh awal dan tidak akan masak walaupun diperam. Balut buah di peringkat kecil. Sembur dengan dizinon atau cypermethrin.


Kumbang pengerat pucuk (Deporaus marginatus)
Menyerang tanaman pada peringkat berpucuk. Sebur dengan carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau dichlorvos.


Kumbang curculion (Alcidodes spp.)
Menyerang pucuk muda. Terdapat tanda hitam memanjang di bahagian tangkai pucuk. Pucuk akan bantut dan mati.


Kumbang pengorek buah (Cryptorrjynchus mangiferae)
Mengorek lubang di peringkat putik lagi. Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar.


Ulat pengorek pucuk (Chlumetia transversa)
Larva mengorek bahagian pucuk dan terus memakan bahagian tengah tangkai pucuk. Pucuk menjadi kecut dan mati.


Ulat pengorek batang (Rhytidodera simulans)
Menyerang pokok matang. Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang. Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati. Cantas dan musnah ranting yang diserang. Kawalan dengan racun serangga seperti malathion atau carbaryl. Masukkan paradichlorobenzene (ubat gegat) yang hancur ke dalam lubang, ditutup dengan tanah liat.


Lelompat daun (Idioscopus nitidulus)
Dewasa dan nimfa menghisap sap dari daun muda, menjadikan daun kecil. Kawalan dengan imidachloprid, carbaryl atau cypermethrin.


Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair. Bungkus buah di peringkat sebesar telur ayam. Guna umpan protein dicampur dengan racun serangga. Sembur dengan acephate, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau fenthion.


Langkah membantu pak ismail

langkah 1
beberapa sampel buah, daun dan batang pokok mangga diambil dan pemerhatian dibuat di kawasan ladang tersebut

langkah 2
masalah dikenalpasti, bagi masalah penyakit:
Penyakit Antranos Buah dan daun

Kawalan:

Sembur dengan racun kulat seperti maneb, mancozeb, propineb, chlorothalonil, captafol, benomyl, thiolpanatemethyl dan racun kulat jenis kupram. Ini boleh diguna secara berasingan, campuran atau berselang seli.

Sembur dengan tiga campuran racun iaitu racun kulat, baja daun dan racun serangga contoh: mancozeb, baja daun dan deltamethrin.

Penyakit Bintik Kerah (Crusty leaf spot)
Kawalan:

Sembur racun kulat untuk mengawal penyakit lain adalah mencukupi bagi menjauhkan penyakit ini. Lakukan pembajaan yang betul dri semasa ke semasa

(jika tidak berkesan terus ke langkah 3)

langkah 3

pilih baka pokok terbaik dan sihat di ladang pak ismail dan menjalankan kultur tisu.proses kultur tisu adalah proses     pengklonan bagi tumbuhan.oleh itu pak ali boleh memperbanyakkan dan membiakkan pokok mangga yang terbaik di ladangnya

(jika pak ismail ingin menambahkan lagi pendapatannya sila rujuk langkah 4)

langkah 4

pak ismail boleh meningkatkan lagi kualiti mangganya dengan mengjalankan pembiakbakaan silang dimana dua jenis pokok mannga yang terbaik dibiakbaka silangkan.

langkah-langkah kultur tisu

1- penyediaan bahan kultur – bahagian pokok mangga
2-Inisiasi kultur-Pertumbuhan awal kultur
3-Penggandaan
4-Pemanjangan
5-Pembentukan akar
6.
Penyediaan media kultur
Secara amnya perkara-perkara yang perlu dalam proses  kultur tisu adalah :
1- Ruang pemindahan atau pengkulturan yng bersih bebas kuman atau steril
Perkara penting dalam ruang pengkulturan adalah bersih (steril) dengan menyapu ruang dalam kotak dengan larutan 70% alkohol atau 10% klorox atau larutan peluntur. Semua bahan yang tersedia dalam kotak kultur adalah betul-betul steril. Tangan juga perlu bebas kuman. Peralatan kultur juga boleh direndam dalam larutan 70% alkohol
a-Kebuk wasap udara (laminar air flow)
b-i-menggunakan bekas akuarium ikan
b-ii-kotak plastik
b-iii-kotak kertas yang dibalut plastik
Jar  bekas media yang boleh diautoklaf tahan pada tekanan dan suhu tinggi
Gambar 2 jenis bekas media yang sedia steril

2-Bekas kultur
Gambar dua jenis forsep yang boleh digunakan
3-Forsep
4-Periuk tekanan tinggi
5-alat penimbang elektronik
pH meter
6- pH meter/ kertas pH
7-Larutan peluntur (clorox)
8- Isopropil alkohol (70%)
9- Air suling steril
Jenis-jenis skapel yang biasa digunakan dalam makmal
10- skapel atau pisau cukur
11-media kultur







No comments:

Post a Comment